suria

Pemilik restoran cipta 'ramuan idaman', jadikan kutu air sebagai bahan utama mi ramen... - "Hanya untuk pelanggan setia"

Hidangan istimewa ramen bersama isopod.

SEKALI pandang pasti ramai yang menyangkakan semangkuk mi ramen dihiasi dengan hidangan laut besar seperti mantis shrimp atau lebih dikenali sebagai udang lipan.

Namun sebenarnya, ia adalah kutu laut atau isopod bersaiz besar.

Maka tidak hairanlah apabila sebuah restoran yang berpangkalan di Taipei mendapat perhatian warga maya selepas menu terbarunya menghidangkan ramen bersama isopod kukus bersaiz 14 kaki.

Restoran Ramen Boy baru-baru ini menggunakan Facebook untuk mengumumkan hidangan terbaharunya, semangkuk ramen yang memaparkan isopod gergasi (Bathynomus giganteus), yang disifatkannya sebagai 'ramuan impian'.

Isi putih pada isopod dikatakan sedap seperti ketam.

Isi putih pada isopod dikatakan sedap seperti ketam.

Dipanggil 'Isopod gergasi dengan ramen sup ayam berkrim', hidangan itu terdiri daripada mangkuk besar ramen dan isopod besar yang dikukus dalam kulitnya sendiri.

Untuk menyediakan krustasea laut dalam, tukang masak mengeluarkan isi perutnya dan mengekalkan kelenjar berkrim untuk dimakan dengan kaedah mengukus.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil ubat rangsang 'susu ibu'... Transgender lelaki tayang bayi, siap tunjuk alat mengepam

Daging putih dikatakan mempunyai rasa seperti udang galah dan ketam, manakala kelenjar kuning berasa manis.

Pemilik Ramen Boy dilaporkan mendapat idea untuk hidangan luar biasa ini semasa melawat Jepun, di mana dia melihat isopod dalam akuarium dan kelihatan sangat comel.

Isopod merupakan sejenis kutu air yang berasal daripada seekor parasit pemakan darah.

Isopod merupakan sejenis kutu air yang berasal daripada seekor parasit pemakan darah.

Direbus dalam sup ayam serta dihidangkan bersama sotong dan kepingan bonito, hidangan ramen unik ini bukanlah untuk semua orang kerana harganya terlalu mahal iaitu sekitar RM220 ($48).

Malah bekalan isopod juga terhad yang menjadikannya tersedia kepada pelanggan restoran yang setia.

Bathynomus giganteus ialah spesies karnivor yang boleh hidup pada kedalaman 7,000 meter dan memakan sisa hidupan laut lain selain bergerak perlahan seperti gamat dan nematod.

Bermula sebagai parasit, memakan darah dan daging perumah mereka, ia akhirnya berkembang menjadi pemulung laut yang memakan bangkai. - Oddity Central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

isopod, ramen isopod, kutu laut,

Artikel Lain