suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mengamuk telefon bimbit dirampas, pelajar bakar asrama dengan rakan-rakan masih di dalam

Seorang pelajar perempuan bertindak membakar asrama sekolahnya sendiri.

KERANA perasaan amarah, segalanya boleh lebur dan berkecai-sepai.

Begitulah kisahnya untuk pelajar perempuan ini yang bertindak membakar sebuah asrama sekolah menengah hingga mengorbankan nyawa 19 penghuninya.

Lebih membimbangkan adalah bagaimana perbuatan kejam itu dilakukan hanya kerana sebuah telefon bimbit.

Dilaporkan telefon bimbit wanita itu dirampas dan dek perasaan tidak puas hati dia memutuskan untuk mengambil tindakan drastik.

Kebakaran berlaku di Sekolah Menengah Mahdia dekat Guyana, sebuah negara di Amerika Selatan.

Kenyataan dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Guyana berkata punca kebakaran itu bermotifkan niat jahat.

Penasihat Keselamatan Negara, Gerald Gouveia memberitahu, suspek dalam kejadian itu merupakan seorang pelajar di sekolah berkenaan dan dituduh membakar asrama selepas dikenakan tindakan disiplin.

Hukuman tatatertib dikenakan kerana dia mempunyai hubungan dengan seorang lelaki yang lebih berusia.

"Pelajar perempuan itu disyaki menyebabkan kebakaran besar kerana telefon bimbitnya dirampas oleh warden asrama dan seorang guru," kata Ketua Komunikasi Polis Guyana, Mark Ramotar

Asrama itu kebiasaannya akan dikunci untuk menghalang pelajar daripada menyelinap keluar pada waktu malam.

Gouveia memberitahu warden itu sudah tidur di dalam bangunan ketika kebakaran dan panik apabila dia tidak menemukan kunci untuk membuka pintu.

Dia berjaya keluar tetapi kehilangan anaknya yang berusia lima tahun dalam kebakaran.

"Apabila bomba tiba, bangunan kayu dan konkrit yang menempatkan 57 kanak-kanak itu hangus," kata perkhidmatan bomba.

Seramai 38 pelajar berjaya keluar selepas anggota bomba memecahkan lubang di dinding. - The New York Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain