suria

Tunang batal majlis nikah saat-saat akhir, wanita kemuka saman hampir RM1 juta! Makin ‘panas’ bila dakwa pernah terlanjur

Wanita tersebut membuat tuntutan saman kerana terpaksa menanggung kerugian dan pelanggaran perjanjian. Gambar hiasan

GARA-GARA tindakan seorang lelaki membatalkan majlis pernikahan, pasangannya bertindak memfailkan tuntutan saman berjumlah 3 bilion rupiah (RM858,000)!

Wanita berusia 20 tahun yang hanya dikenali sebagai APN, mengemukakan saman terhadap bekas tunangnya, AS, yang berusia 23 tahun kerana mengambil kira jumlah kerugian yang ditanggung keluarga akibat pembatalan tersebut.

Saman juga dikemukakan kerana bekas tunangnya didakwa melanggar perjanjian yang telah dibuat bersama sebelum menjelang hari bahagia.

Difahamkan, AS membuat keputusan membatalkan pernikahan dua hari sebelum majlis berlangsung.

Kerugian yang ditanggung adalah dari segi persiapan majlis termasuk kos sewaan dewan, cenderahati untuk tetamu, dekorasi pelamin, jurugambar, jurusolek dan kos lain membabitkan jemputan tetamu.

Apa yang lebih membuatkan kes membabitkan pasangan ini 'panas', APN mendedahkan dia pernah dipaksa AS melakukan hubungan seks sebelum ini.

Perbicaraan kes masih lagi berlangsung di Mahkamah Negeri Kelas II Probolinggo, Jawa Timur, selepas dibicarakan kali ketujuh pada 19 Januari lalu. - Newsokezone.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain