suria

Wanita meninggal dunia kerana alahan susu, lamaran kahwin teman lelaki tidak kesampaian

Hubungan pasangan ini menemui pengakhiran yang tragis.

SEORANG lelaki lebur hatinya selepas tunangnya meninggal dunia apabila dia mengalami reaksi mengejut akoran menggunakan sudu yang salah untuk mengacau minumannya.

Sudu tersebut disyaki mempunyai calitan produk tenusu.

Hanya empat hari sebelum itu, Craig McKinnon melamar Jess Prinsloo semasa percutian mereka di Afrika Selatan.

Craig tiba semula di Britain dengan abu Jess pada Isnin minggu lalu selepas dia meninggal dunia pada 31 Disember tahun lalu.

“Ramai keluarganya tinggal di Afrika Selatan dan dia sudah enam tahun tidak kembali ke sana, jadi saya rasa tidak ada tempat yang lebih baik untuk saya melamar dia dari di sini.

"Suara saya serak ketika saya berlutut dan melamarnya, sudikah awak berkahwin dengan saya?

"Dia tergamam sekitar dan mula menangis sebelum dia berkata ya.

"Raut wajahnya, ia sangat bermakna untuk saya," kata Craig menjelaskan mereka meraikan hari-hari bahagia bersama di Afrika Selatan sebelum menuju ke rumah ibu Jess di Johannesburg pada 30 Disember.

Jess yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran sentiasa membawa dua EpiPen sekiranya dia mengalami anafilaksis (alahan kepada produk tenusu) tetapi pada ketika itu, ubatan tersebut tidak berkesan dan ajal menjemputnya.

"Apabila Jess meninggal dunia, sebahagian daripada saya juga mati, tetapi tiada siapa yang boleh dipersalahkan atas kematiannya.

'Ia adalah sebahagian dari takdir," ujar Craig. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain