suria

Wanita hilang kaki dan tangan selepas digilis kereta api, bersyukur kini ada anggota badan palsu

Wanita ini kini boleh berjalan dengan menggunakan anggota badan palsu.

SEORANG ibu kehilangan tangan dan kaki selepas tersandung di stesen kereta api dan terjatuh ke atas landasan lalu digilis dua gerabak kenderaan lokomotif terbabit.

Wanita itu kini memberikan perkhabaran gembiran dengan mendedahkan bahawa dia sedang memasang lengan palsu baharu.

Sarah de Lagarde, 44, tergelincir ke atas platform di stesen High Barnet di London, dan meraung meminta pertolongan selama 15 minit sebelum lengan dan kaki kanannya digilis apabila dua kereta api melanggarnya pada September tahun lalu.

Kini Sarah mendedahkan keterujaannya kerana dia telah memulakan proses memasang lengan palsu selepas GoFundMe mengumpulkan lebih £288,000 (RM1.5 juta).

"Sungguh gembira, saya telah memulakan proses untuk mendapatkan prostesis lengan pertama saya.

"Ia akan mengambil masa sebelum saya cukup kuat untuk memakai lengan bionik saya. Dalam beberapa minggu akan datang saya akan dipasang dengan lengan pertama saya.

"Saya sangat teruja dengan apa yang saya mampu buat untuk tahun ini," tulisnya dalam kemas kini di laman sesawang pengumpulan dana minggu lalu. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain