suria

Ajal di majlis perkahwinan... Asyik menari, lelaki tiba-tiba rebah sebelum meninggal dunia

Lelaki tersebut asyik menari sebelum tiba-tiba rebah (dalam bulatan).

KEMATIAN tidak pernah lambat mahupun cepat walau sesaat.

Siapa sangka dirinya akan menemui ajal ketika sedang bergembira di acara keramaian?

Namun itulah kisah yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan apabila seorang lelaki berusia 32 tahun rebah dan meninggal dunia ketika sedang menari.

Insiden itu berlaku di daerah Rewa, Madhya Pradesh pada Selasa lalu.

Laporan mengatakan lelaki itu mengalami serangan jantung yang menjadi punca kematiannya.

Menurut laporan NDTV, Abhay Sachan, seorang penduduk daerah Kanpur di Uttar Pradesh, berkunjung ke Rewa untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Video yang tular mamaparkan Sachan yang sedang menari beramai-ramai sambil dikelilingi oleh kumpulan pemukul gendang, tiba-tiba rebah.

Sachan kemudian dikejarkan ke sebuah hospital tempatan, namun doktor mengisytiharkan lelaki tersebut sudah menghembuskan nafas terakhir.

Keluarga Sachan benar-benar terkesan dengan pemergiannya dan menyifatkan majlis perkahwinan tersebut bertukar menjadi acara perkabungan. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berkaitan

Artikel Lain