suria

Tembak mati suami sakit tenat di hospital, nenek usia 76 tahun berdepan hukuman penjara

Ellen dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menembak mati suaminya yang sakit tenat. Foto: CBS Miami

SEORANG wanita berusia 76 tahun berdepan dengan hukuman penjara kerana disabitkan atas pertuduhan menembak mati suaminya yang sakit tenat.

Ellen Gilland turut disabitkan dengan tiga pertuduhan melakukan serangan kejam.

Menurut polis, kejadian berlaku di Hospital AdventHealth Daytona Beach pada pagi Sabtu.

Polis berkata, Ellen menembak suaminya, Jerry Gilland, 77, dan kemudian mengurung dirinya di dalam bilik.

Ketika kejadian, hanya Jerry yang merupakan satu-satunya pesakit ditempatkan di dalam bilik itu, menurut polis.

"Sebaik tiba, pegawai kami diarahkan ke tingkat 11, di mana mereka menemui seorang wanita warga emas yang telah menembak suaminya yang tenat," kata Ketua Polis Daytona Beach, Jakari Young, dalam sidang akhbar.

Jabatan Polis Daytona Beach berkata, siasatan mendedahkan bahawa pasangan yang berasal dari New Smyrna Beach itu sudah merancang melakukan pembunuhan tersebut sebelum ini.

Menurut polis, pasangan itu membuat pakatan untuk melakukan pembunuhan tersebut tiga minggu lalu, di mana Jeryy meminta riwayatnya ditamatkan oleh isterinya jika keadaan kesihatannya semakin teruk. - Wesh.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain