suria

[V] Cantik tapi bermulut jahat... Miss Universe Bolivia 2022 ‘hilang’ mahkota gara-gara kutuk rakan peserta

Fernanda hilangan gelaran selepas membuat komen menyinggung perasaan peserta Miss Universe 2022.

KATA orang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa!

Tindakan Miss Universe Bolivia 2022, Fernanda Pavisic berkongsi video di Instastory dengan mengkritik para peserta Miss Universe 2022 mengundang padah apabila kemenangannya ditarik balik.

Malah Fernanda hilang kelayakan untuk menyertai Miss Universe 2022 bagi edisi ke-71 yang akan diadakan di Amerika Syarikat pada Januari 2023.

Berdasarkan video itu, Fernanda kedengaran mengkritik headshot para peserta yang menghantar foto penyertaan mereka di halaman Organisasi Miss Universe.

310502638_860246128688159_8113816639013937382_n

Fernanda hilang kelayakan untuk menyertai Miss Universe 2022. - foto fernandapavisic_

Perbuatan Fernanda itu jelas bercanggah dengan konsep untuk memperkasakan wanita atau women empowerment yang dilaungkan organisasi tersebut.

Dalam video tersebut, Fernanda memanggil Misses Paraguay, Brazil, dan El Salvador sebagai perempuan tua.

Lebih menyedihkan dia mendakwa wakil dari Ecuador, Aruba, dan Curacao sekadar peserta dalam kategori 'memeriahkan pertandingan'.

Bukan itu sahaja, Fernanda juga dianggap bermulut lancang apabila menggelar perwakilan dari Venezuela dan Peru sebagai individu yang menyerupai golongan transgender.

Perkara itu menjadi satu penghinaan kerana pemilik Organisasi Miss Universe yang baharu, Anne Jakrajutatip merupakan seorang wanita transgender.

Sejurus video tersebut menjadi tular, Promociones Gloria yang merupakan organisasi pemegang lesen Miss Universe Bolivia mengumumkan penarikan semula mahkota yang dimiliki oleh Fernanda.

Selepas penyingkirannya, Organisasi Miss Bolivia melantik Maria Camila Sanabria menggantikan Fernanda. - Phil Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain