suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanggung derita 15 tahun, 5 anak dirogol bapa berulang kali... 2 cucu turut jadi mangsa lelaki bernafsu binatang!

Lelaki dipenjara seumur hidup atas kesalahan rogol. -gambar hiasan

TERGAMAK memperkosa lima anak dan dua cucu kandung, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Tertuduh berasal dari Baguala di Ambon di Maluku, Indonesia.

Hukuman diputuskan oleh mahkamah di Ambon.

"Dihukum penjara seumur hidup terhadap defendan Robby Hitipeuw dengan perintah supaya defendan kekal dalam tahanan," kata Ketua Panel Hakim, Oprah Martina, pada Rabu.

Dalam keputusan mereka, panel hakim mendapati Ribby bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap lima anak dan dua cucunya sendiri.

"Tindakan defendan juga telah melanggar norma kesopanan yang diamalkan dalam masyarakat," katanya.

Mengikut rekod, Robby memperkosa lima anaknya berulang kali antara 2007 hingga 2022.

Sementara itu, Robby turut merogol dua cucunya berusia lima dan enam tahun, masing-masing sebanyak tiga kali. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain