suria

Lelaki diisytihar mati masih hidup dalam beg mayat, meninggal dunia 2 hari kemudian

José dianggap mati di sebuah hospital walaupun masih hidup. foto TV Anhanguera

SEORANG lelaki diisytiharkan meninggal dunia oleh hospital ditemui masih hidup dan bernafas di dalam beg mayat.

Namun, dia hanya disahkan mati akibat hipotermia dua hari kemudian.

Warga Brazil, José Ribeiro dimasukkan ke hospital pada Februari kerana kanser lidah.

Doktor kemudian mengesahkan kematiannya di sebuah hospital di Goiás, tBrazil, pada 29 November.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar lelaki mati hidup semula, rupanya cuba palsukan kematian sendiri

Lelaki berusia 62 tahun itu dimasukkan dalam beg mayat dan disimpan di dalam peti sejuk di bilik mayat selama lima jam.

Dia kemudiannya dibawa ke rumah pengebumian.

Seorang pekerja bagaimanapun terkejut apabila menyedari mata lelaki berkenaan terbuka dan bernafas.

Dia dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia dua hari kemudian, akibat mengalami hipotermia dari peti sejuk.

Doktor yang menandatangani sijil kematian Ribeiro digantung tugas dan dia kini disiasat atas dakwaan pembunuhan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain