suria

Tidak boleh hamil! Wanita nekad bunuh, culik bayi dalam kandungan

Suspek turut memalsukan kandungan bagi mengelak dirinya dikesan.

AJAIB! Bayi yang masih berada dalam rahim wanita dibunuh ditemukan hidup.

Mangsa dipercayai anak kepada Rosa Isela Castro Vazquez, 20, yang hamil lapan bulan sebelum dibunuh oleh seorang individu tidak dikenali ketika cuba mendapatkan pakaian bayi percuma yang ditawarkan melalui Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu keluar beriadah, tinggal bayi dalam bilik tanpa tingkap sehingga meninggal dunia sesak nafas

Mayatnya yang dicacatkan kemudian ditemui di sebuah ladang di Veracruz, Mexico.

Bagaimanapun, bayi perempuan Rosa Isela ditemui dalam keadaan hidup dan sihat ketika polis menahan dua suspek.

Difahamkan, suspek Veronica menggunakan akaun palsu bagi bertemu Rosa Isela dengan menjanjikan pakaian bayi percuma sebelum mangsa dilaporkan hilang pada 30 November.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Rosa Isela bertemu dengan suspek, sebelum ditolak masuk ke dalam kenderaan.

Suspek juga dilaporkan telah menetak mangsa dan mencuri bayi dalam kandungannya.

Tindakan kejam itu susulan suspek tidak dapat hamil seterusnya mendorong untuk memalsukan kehamilannya selama lapan bulan sebelum pembunuhan berlaku.

Pihak berkuasa kemudian mendedahkan bahawa Veronica muncul di sebuah hospital dalam keadaan berlumuran darah dengan bayi yang dicuri ketika dia cuba mendaftarkan bayi itu sebagai miliknya. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain