suria

Leher tembus, ditikam trisula berusia 150 tahun... Pakar bedah hairan tiada kesan cedera, "Tikaman terlepas semua organ penting"

Tikaman di leher tidak meninggalkan kesan kecederaan.

SEORANG lelaki mengakui tidak berasa sakit meskipun lehernya cedera ditikam dengan trisula atau lembing kepala tiga.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas Bhaskar Ram, 33, bergaduh dengan dua lelaki di tempat kerjanya di Kalyani, India sebelum salah seorang daripadanya menikam dengan trisula sepanjang 45 sentimeter yang berusia 150 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali matikan alat pernafasan pesakit lain, warga emas beri alasan tak tahan bunyi bising mesin

Susulan itu, dia dikejarkan ke hospital berdekatan pada 28 November dan terpaksa dipindahkan ke hospital khusus yang jaraknya sejauh 65 kilometer.

Meskipun trisula berkenaan menembusi lehernya, Ram seolah-olah tidak berasa sakit malah kelihatan sangat tenang.

Darah hanya keluar dari mulut Ram.

Darah hanya keluar dari mulut Ram.

Dia kemudian menjalani pembedahan kecemasan pada jam 3 pagi bagi mengeluarkan senjata yang tertusuk di leher.

Lebih menghairankan apabila, tikaman tersebut tidak memutuskan sebarang urat atau arteri sebaliknya kecederaan yang dialami berada dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada yang disangkakan.

Menurut Dr Banerjee, dia juga terkejut selepas melihat tiada kesan darah atau kecederaan yang teruk pada leher Ram.

"Hanya kesan darah ditemui di luar mulutnya.

"Entah bagaimana, tikaman kejam itu terlepas semua organ penting Ram dan pesakit telah pulih dengan sangat baik," katanya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain