suria

Dua kali matikan alat pernafasan pesakit lain, warga emas beri alasan tak tahan bunyi bising mesin

Kejadian yang didakwa sebagai cubaan membunuh ini berlaku di sebuah hospital di Jerman.

POLIS menahan seorang wanita yang didakwa mematikan mesin ventilator pesakit di unit rawatan rapi sebuah hospital di Manheim City, Jerman.

Warga emas berusia 72 tahun ini menghentikan alat pernafasan digunakan oleh pesakit lain sebanyak dua kali.

Alasannya, dia tidak sanggup lagi menanggung untuk mendengar bunyi dikeluarkan daripada mesin tersebut.

Tertuduh didakwa atas alasan cubaan membunuh dan pihak berkuasa hospital sendiri memfailkan aduan terhadapnya.

Menurut seorang peguam ketika memberitahu mahkamah, katanya wanita warga emas mematikan ventilator dua kali, mengendahkan arahan ketat pihak berkuasa hospital.

“Kakitangan hospital telah memberi amaran kepadanya bahawa mematikan ventilator akan membahayakan nyawa pesakit.

“Tetapi tanpa menghiraukan semua ini, wanita itu mematikan ventilator dengan alasan bahawa bunyi mesin itu tidak menyenangkan

Bagaimanapun, pihak hospital dapat menyelamatkan nyawa pesakit kedua yang berada dalam keadaan kritikal dengan mengesan kejadian ini tepat pada masanya.

Doktor memaklumkan bahawa ‘mangsa’ berjaya diselamatkan dan keadaan kesihatan adalah memuaskan tetapi mereka akan kekal menggunakan ventilator.

Wanita berusia 72 tahun itu, yang dihadapkan ke mahkamah pada Rabu, kemudian dipindahkan ke penjara.

Polis menyiasat sama ada tertuduh datang ke hospital dengan niat untuk membunuh.

Sejarah silam pesakit itu juga sedang disiasat. - INDIA.POSTSEN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain