suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fenomena aneh! 'Hujan' kupu-kupu di jambatan, punca kemalangan jalan raya

Jutaan kupu-kupu muncul di jalan raya.

JUTAAN kupu-kupu dilihat memenuhi jalan raya di Jambatan Ngrame di Mojosari, daerah Mojokerto, Jawa Timur Indonesia.

Fenomena aneh tersebut berjaya dirakam salah seorang pengguna jalan raya berkenaan yang terkejut melihat kemunculan kupu-kupu yang banyak pada Ahad.

Meskipun kelihatan cantik, namun keadaan semasa sedikit membahayakan pengguna laluan terbabit.

Antara penunggan motosikal yang terjatuh akibat jalan licin.

Antara penunggan motosikal yang terjatuh akibat jalan licin.

Ia berikutan, keadaan permukaan jalan menjadi licin selepas dipenuhi kupu-kupu yang telah mati.

Kejadian pelik itu menyebabkan pengguna jalan raya di laluan tersebut terpaksa bergerak perlahan bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Malah, beberapa penunggang motosikal juga dilaporkan telah terjatuh ketika melewati laluan berkenaan.

Menurut salah seorang sukarelawan di lokasi tersebut, kira-kira 20 penunggang motosikal terjatuh kerana tidak menyedari keadaan jalan yang licin selepas dipenuhi kupu-kupu mati.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain