suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Landasan Hatyai-Padang Besar dibom, perkhidmatan kereta api dihentikan seketika

Insiden yang berlaku di landasan kereta api dari Hatyai ke Padang Besar pada Sabtu. foto media sosial

PERKHIDMATAN kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia menyebabkan tergendala apabila satu bahagian landasan dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngek di Sadao, Thailand.

Menurut laporan yang memetik sumber, insiden berlaku kira-kira jam 2 petang ketika sebuah kereta api kargo dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir selepas landasan dilalui dipercayai diletak bom yang meletup berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngae pada Sabtu.

Letupan menyebabkan gerabak kereta api kargo terbabas dan melumpuhkan perkhidmatan pengangkutan sektor berkenaan ke Padang Besar.

Stesen Kereta Api Khlong Ngae, Sadao terletak 23.3 kilometer dari Stesen Kereta Api Padang Besar, Perlis di sempadan Malaysia-Thailand.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian berkenaan dan perkhidmatan kereta api SRT dihentikan buat sementara waktu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain