suria

Misteri hilang 2 minggu terjawab... mayat wanita ditemui diikat pada pam air dalam tasik

Mayat mangsa ditemui diikat pada pam air di dalam tasik. foto Thai Rath

TRAGIS. Pihak polis menemukan mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang, dalam keadaan diikat pada pam air di dalam tasik.

Kejadian berlaku di sebuah tasik di wilayah Prachuap Khiri Khan di barat Thailand.

Polis kini menjalankan siasatan terhadap kes pembunuhan.

Mayat mangsa yang berusia 30 tahun dijumpai berbalut dengan selimut pada malam 30 November.

Polis mengesyaki mangsa sebagai Supaporn Peg Bootket, warga Thailand yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu.

Ibu saudara mangsa mengesahkan mayat yang ditemui adalah anak saudaranya, berdasarkan ukiran tatu pada bahagian belakang badan.

Susulan itu, polis menahan seorang suspek lelaki berusia 25 tahun yang tinggal 50 meter dari lokasi kejadian untuk siasatan.

Polis turut memberitahu, wanita berkenaan merupakan salah seorang mangsa siri pembunuhan kejam.

Minggu lalu, seorang transgender dibunuh dan mayatnya dicampak dalam tasik di Pathum Thani, utara Bangkok.

Pada September, satu lagi mayat dijumpai terapung dalam sebuah kolam bersama pengecas telefon, di wilayah Phayao di utara Thailand.

Pada bulan sama, mayat seorang wanita ditemui disumbat dalam beg pakaian yang terapung di Sungai Mekong. - The Thaiger

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain