suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajal dalam bilik hotel... suami orang maut selepas hubungan intim dengan janda, sempat minum vitamin kuatkan stamina

Seorang lelaki warga emas maut setelah melakukan hubungan intim. -gambar hiasan

SEORANG lelaki warga emas ditemui maut di sebuah bilik hotel.

Lelaki berusia 69 tahun itu dikatakan bersama teman wanitanya mendaftar masuk hotel berkenaan.

Setelah dua jam mengadakan hubungan intim, lelaki berkenaan dilaporkan tidak bernyawa.

Kejadian berlaku di Mojoagung Jombang, Jawa Timur, Indonesia.

Panik dengan keadaan itu, wanita yang berstatus janda itu keluar dari bilik bagi mendapatkan pertolongan daripada kakitangan hotel.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan didapati sudah berkahwin.

Ketua Polis Mojoagung, AKP Bambang Setiyobudi berkata, menerusi keterangan teman wanitanya yang berusia 46 tahun, lelaki berkenaan didakwa mengambil makanan tambahan (vitamin) untuk menambahkan stamina sebelum mereka melakukan hubungan intim.

Polis turut mengambil beberapa bahan untuk dijadikan bukti termasuk sehelai seluar panjang dan botol plastik.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur keganasan yang menyebabkan kematian mangsa. - Hello.id

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain