suria

Berang isteri minta cerai, suami muda simbah asid hingga parah

Seorang isteri cedera parah disimbah asid. -gambar hiasan

SEORANG wanita cedera parah selepas disimbah asid oleh suaminya yang berang gara-gara meminta cerai.

Isteri berusia 37 tahun itu cedera di bahagian muka, dada, kedua-dua tangan serta kaki.

Susulan kejadian yang berlaku di Padalarang di Bandung, Indonesia, mangsa dimasukan ke hospital untuk menerima rawatan.

Sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suaminya yang berusia 31 tahun.

Tidak puas hati meminta cerai, suaminya bertindak mencurahkan cecair dipercayai asid ke atas mangsa.

Mangsa yang tidak sempat mengelak hanya menjerit kesakitan.

"Dia menjerit kesakitan tanpa pakaian kerana bajunya terhakis dan kulitnya melepuh," kata adik mangsa.

Mangsa simbahan asid itu perlu menjalani rawatan intensif di hospital. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain