suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tikus gergasi jadi ‘tetamu’ flat, penduduk hidup dalam ketakutan

Tikus yang menjadi mimpi ngeri penduduk setempat. foto NEWS GROUP NEWSPAPERS LTD

IBARAT mimpi ngeri, seorang penduduk terkejut melihat tikus gergasi keluar dari tong sampah di pangsapurinya.

John Rough yang berusia 40 tahun berkata, tempat tinggalnya itu di Scotstoun di Glasgow, Scotland itu sememangnya dipenuhi dengan tikus.

Namun katanya, tiada pihak yang mengambil tindakan bagi menangani masalah itu.

Dakwanya, pihak berkuasa tempatan enggan membuat kawalan haiwan perosak di stesen kereta api berdekatan yang dikatakan menjadikan sarang tikus tersebut.

"Tikus ini boleh gigit plastik tong sampah itu untuk buat lubang dan mereka boleh masuk dan keluar tong sampah sesuka hati.

"Dalam tong sampah tu ibarat 'syurga' buat haiwan-haiwan ni.

"Kami risau sebab tikus-tikus ni boleh bawa banyak penyakit sehingga kami pun dah takut untuk keluar berjalan-jalan di kawasan rumah," kata John.

Menurut John, tikus itu terlampau banyak sehingga dia menggelarkan tempat tinggal mereka sebagai 'bandar tikus'.

"Sebelum pandemik Covid-19 lagi dah terjadi isu ni.

"Tapi lepas perintah berkurung untuk kawal penularan wabak, isu tikus ini semakin menjadi-jadi.

"Tempat ni dah macam tikus tu 'berkuasa'," ujarnya. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain