suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kisah duka raih perhatian Ryan Reynolds, budak derita tumor otak akhirnya meninggal dunia

Kanak-kanak perempuan ini didiagnos menghidap kanser pada hari lahirnya yang ketiga.

KANAK-KANAK perempuan didiagnos tumor otak berjaya mendapat sokongan bintang Hollywood, Ryan Reynolds kini disahkan telah meninggal dunia.

Aria Hodgkiss,4, yang berasal dari Wrexham, Utara Wales hanya diberikan anggaran untuk hidup selama 12 bulan.

Ibu bapa Aria, Melanie dan Carl mendapat tahu anak mereka menghidap tumor otak diffuse intrinsic pontine glioma (DIPG) pada ulang tahun kelahiran Aria yang ketiga.

Awal tahun ini, bintang Hollywood Rob McElhenney dan pemilik bersama Wrexham AFC, Ryan Reynolds masing-masing telah menyumbang sebanyak 10,000 Euro (RM46,000) kepada Aria.

Sumbangan itu diharap dapat digunakan untuk membiayai kos rawatan alternatif bagi memanjangkan jangka hayat Aria.

Ryan Reynolds dan Rob McElhenney menyumbang dana tersebut melalui platform laman sesawang GoFundMe yang diberikan nama Aria vs DIPG.

Platform itu digunakan untuk mengumpul dana dari mereka yang bersimpati untuk membantu Aria.

"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka berdua. Ia membantu meringankan sedikit beban kami melalui pengumpulan dana itu," kata keluarga Aria. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain