suria

Pelajar veterinar berbogel untuk kalendar, mahu kutip dana bantu mangsa banjir

Kutipan dana akan disalurkan kepada mangsa banjir di Australia. (Gambar Hiasan)

NIAT baik sekumpulan pelajar bidang veterinar yang mahu mengumpul dana bagi membantu mangsa banjir di Australia meraih pujian ramai.

Namun, kaedah yang digunakan mereka untuk mengumpul wang bagi misi tersebut mungkin membuatkan segelintir pihak geleng kepala.

Mana tidaknya, kumpulan pelajar lelaki dan perempuan itu tampil berbogel dalam satu sesi photoshoot, baru-baru ini.

Gambar-gambar mereka yang tidak mengenakan apa-apa pakaian akan digunakan bagi menghiasi kalendar dan hasil jualan disalurkan untuk misi Flash for Floods.

Ketika penggambaran, kesemua model yang juga ahli Persatuan Pelajar Camden Farms di New South Wales turut bergambar dengan anak anjing dan kuda.

ARTIKEL BERKAITAN: Las Vegas dilanda banjir, pusat judi dipenuhi dengan takungan air

Dalam pada itu, tiga daripada model terlibat iaitu Grace Iacobbe, Hamish Mills dan Lia Domney turut bercerita pengalaman mereka ketika dijemput ke rancangan televisyen Australia The Today Show.

"Penggambaran sangat menyeronokkan. Kami membuat rakaman hujung minggu lalu di Camden selama dua hari di beberapa lokasi berbeza.

"Saya rasa semua orang mempunyai pengalaman yang positif, terdapat banyak gelak-ketawa dan haiwan berbeza yang anda akan lihat dalam kalendar," ujar Greece.

Menurut Hamish pula, dia agak gementar ketika penggambaran dijalankan, namun semuanya berjalan dengan lancar.

"Saya rasa agak gementar apabila kami bermula tetapi apabila kami memasuki set, ia berasa sangat semula jadi," jawabnya.

Untuk rekod, ia merupakan kalendar tahunan ke-13 yang telah disusun oleh doktor haiwan untuk tujuan amal, dan projek itu menyokong tujuan baik yang berbeza setiap tahun.

Tahun ini, segala kutipan akan disalurkan bagi membantu mangsa banjir di negara itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain