suria

Las Vegas dilanda banjir, pusat judi dipenuhi dengan takungan air

Lokasi popular seperti Caesar's Palace turut terkesan akibat banjir kilat.

SEBAHAGIAN Las Vegas ditenggelami air dalam satu kejadian banjir kilat yang berlaku pada 11 Ogos lalu.

Hujan luar biasa yang berterusan menyebabkan kasino dan hotel dipenuhi dengan air.

Foto yang dikongsi di media sosial menunjukkan tahap kerosakan dengan kasino kelihatan seperti longkang akibat takungan air.

Lokasi popular seperti Caesar's Palace turut terkesan apabila video tular memaparkan aliran air yang memasuki ke kawasan hotel dan restoran.

Bercakap kepada New York Post, seorang pelancong dikenali sebagai Richard Henderson berkata dia tidak pernah melihat perkara seperti itu di Caesar's Palace.

"Saya tidak pernah melihat hujan selebat ini seperti yang saya lihat petang ini.

"Sekilas pandang ke siling dan kami terkejut melihat air mencurah keluar dari pelbagai arah.

"Jumlah air yang banyak membuatkan salah seorang rakan saya ketakutan. Dia sangat bimbang tentang kemungkinan lebih banyak air masuk atau sebahagian siling runtuh.

"Petir juga sangat kuat. Saya tidak pernah melihat kejadian begini di Vegas," ujarnya.

Ketua Perkhidmatan Peramal Cuaca Kebangsaan Las Vegas Chris Outler menjelaskan: "Kami menjangkakan hujan akan berterusan sepanjang hujung minggu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain