suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan rompak bank gagal! Lelaki tertimbus ketika gali terowong

Pasukan bomba cuba mengeluarkan mangsa timbusan tanah. - Foto AP

SEORANG lelaki yang dipercayai cuba merompak sebuah bank di Rom terpaksa diselamatkan selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah ketika ahli kumpulannya cuba menggali terowong sedalam enam meter.

Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan dari runtuhan yang berlaku berhampiran Vatican.

Difahamkan, anggota bomba mengambil masa lapan jam untuk menggalinya keluar dari bawah Via Innocenzo XI.

Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu bersama empat rakannya sedang bersiap sedia dengan rancangan untuk merompak bilik kebal bank berhampiran dengan menggali terowong yang bermula berhampiran sebuah kedai kosong.

Terowong yang digali kumpulan terbabit. Foto AFP

Terowong yang digali kumpulan terbabit. Foto AFP

Bagaimanapun, semasa ingin menjayakan rancangan, terowong yang digali tiba-tiba runtuh dan menimbus salah seorang ahli.

Menurut media Itali, ekoran kejadian itu salah seorang daripada empat rakan subahatnya yang berjaya melarikan diri dari runtuhan terowong menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan.

Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital dan mengalami kecederaan parah namun tidak mengancam nyawa. - Malay Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain