suria

Tetamu majlis kahwin kecoh, video seks pengantin perempuan dengan abang ipar ditayang di skrin besar

Pengantin lelaki membuat tayangan video itu untuk membalas dendam atas kecurangan isterinya.

SEORANG pengantin perempuan dimalukan di hadapan rakan dan keluarganya apabila pengantin lelaki mendedahkan dia curang pada hari perkahwinan mereka.

Dalam satu rakaman tular, pasangan dari China itu dijemput untuk memberi ucapan kepada tetamu di atas pentas dalam majlis yang berlangsung di wilayah Fujian.

Ketika semua penonton fokus ke arah pentas dan skrin LED besar, mereka semua dikejutkan dengan video terlampau memapakan aksi seks pengantin wanita bersama abang iparnya.

Video yang dimainkan turut menunjukkan bukti tangkap layar mesej antara pengantin perempuan dengan abang iparnya.

Pengantin lelaki menjerit kepada isterinya: "Jadi kamu fikir saya tidak tahu tentang ini?"

Wajah pengantin perempuan berubah merah sebelum beberapa tetamu lain bergegas ke pentas untuk memisahkan pasangan itu.

Video yang dikongsi secara meluas di platform Douyin itu tular dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Video itu telah mencetuskan perdebatan besar di China dan sebilangan netizen memuji pengantin lelaki kerana melakukan 'balas dendam' dengan cara yang terbaik.

"Ia pasti melegakan baginya. Dia telah menyimpan rahsia ini sepanjang masa dan menunggu saat yang tepat," kata netizen. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain