suria

Asyik kongsi kisah penceraian di TikTok, wanita akhirnya dibunuh bekas suami

Suspek tembak bekas isteri sebelum bunuh diri. - Gambar hiasan

SEORANG wanita yang berasal dari Chicago dibunuh bekas suaminya selepas didapati kerap membuat posting tentang perceraiannya di TikTok.

Suspek kemudian membunuh diri selepas kejadian tersebut.

Sania Khan yang berusia 29 tahun telah berpisah dengan Raheel Ahmad, 36, beberapa bulan sebelum mereka ditemui mati bersama pada 18 Julai di rumahnya.

Difahamkan, Ahmad tinggal ratusan batu dari Georgia sanggup ke rumah bekas isterinya itu.

Berdasarkan siasatan, kedua-duanya mempunyai kesan tembakan di kepala yang mana Ahmad ditemukan sedang memegang pistol Glock 9mm.

"Polis Chicago mendengar bunyi tembakan selepas mereka mengetuk pintu sekitar jam 4.30 petang. Apabila mereka masuk, mereka menemui nota bunuh diri bersama Ahmad," lapor Sun-Times.

Khan dilaporkan maut di tempat kejadian manakala Ahmad meninggal dunia di hospital. - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir