suria

Warga emas hidap parkinson tak suka hidup sunyi, kini mencari calon isteri nombor 9

Ron bersama salah seorang wanita yang pernah hadir dalam hidupnya. Foto: Solent News.

RON Sheppard, 74, gigih mencari cinta selepas berpisah dengan isterinya yang kelapan kira-kira lima tahun lalu.

Walaupun sudah lapan kali berkahwin, Ron yang menghidap penyakit parkinson berkata dia tidak pernah putus asa dalam bercinta.

"Saya tidak suka bersendirian, saya hanya mahukan teman. Saya ingin mencari seseorang yang boleh berbual dengan baik, yang akan menyokong saya dan pergi ke mana-mana dengan saya," ujarnya.

Dedah Ron, perkahwinannya yang paling lama berlangsung selama 13 tahun manakala yang paling singkat hanya bertahan selama 10 bulan sahaja.

Dia pertama kali berkahwin pada 1966, mempunyai lapan anak dan 13 cicit hasil perkongsian hidup dengan lapan wanita.

Dia yang tinggal di Somerton, Somerset, kini dalam proses untuk melancarkan buku kedua berjudul The Wife Collector.

Pada tahun 2014, dia juga pernah menerbitkan autobiografi berjudul Lord of the Weddings.

Pada 2019, dia bertunang dengan seorang wanita Amerika namun hubungan itu putus kerana tiada keserasian.- The Sun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain