suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China keluar amaran kesihatan! 35 maut dijangkiti virus Lagya, puluhan dijangkiti

Sebanyak 35 kematian direkodkan baru-baru ini.

CHINA telah mengeluarkan amaran selepas 35 orang dijangkiti virus zoonotik yang dilaporkan baru-baru, telah merebak dan menjangkiti manusia.

Difahamkan virus 'Lagya' atau Langya henipavirus adalah sebahagian daripada keluarga Henipavirus, telah menjangkiti berpuluh-puluh individu di dua wilayah timur China.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Taiwan, virus yang baru dikenal pasti itu belum pernah merebak kepada manusia sebelum ini.

Laporan The Sun memaklumkan, dua spesies kategori yang sama telah dikenal pasti sebelum ini iaitu virus Hendra dan Nipah.

Kedua-dua virus itu dikatakan mencipta penyakit yang mengerikan tanpa penawar, vaksin atau rawatan yang diketahui.

Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan keluarga virus itu sebagai biokeselamatan Tahap 4 iaitu mempunyai risiko tinggi penghantaran aerosol dan menyebabkan penyakit yang mengancam nyawa tanpa penawar.

Ia mempunyai kadar kematian kes antara 40 dan 75 peratus. - Mirror.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain