suria

Keranda 'menari'! Aktiviti paranormal lebih menyeramkan di makam lama

Keranda 'menari' menarik perhatian paranormal.

SEBUAH makam terbiar di pulau Barbados menjadi lokasi tumpuan bagi aktiviti paranormal selepas terdapat beberapa aduan yang menyatakan penampakan keranda 'menari'.

Fenomena yang sukar untuk dijelaskan itu membuatkan tanah perkuburan Christ Church Parish, dengan struktur sedalam 12 kaki dan lebar enam kaki dibina pada 1724, lebih menyeramkan.

Hanya boleh diakses dengan satu tangga menuju ke makam yang tertutup, Chase Vault dibina oleh James Elliot, yang dikatakan telah berehat di sana bersama isterinya sejak akhir abad ke-18.

Terdahulu, isu keranda 'menari' heboh selepas beberapa individu yang ingin menguburkan mayat baru melihat kejadian pelik itu berlaku.

Beberapa insiden sejak ratusan tahun lalu telah mengakibatkan gangguan berkenaan, dengan satu kejadian pada tahun 1816 semasa mengebumikan Samuel Brewster Ames yang berusia 11 bulan.

Ketika itu, kelihatan keranda berada dalam keadaan kucar-kacir.

Kejadian tersebut diperhatikan gabenor Barbados pada masa itu, Sir Stapelton Cotton, yang meninggalkan lapisan pasir nipis di dalam kubur untuk memeriksa tiada sesiapa yang masuk. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain