suria

Israel dan Palestin setuju gencatan senjata, Mesir jadi pengantara

Mesir menjadi pengantara gencatan senjata antara Israel dan Palestin. Foto: REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa.

ISRAEL dan kumpulan pejuang Palestin mengisytiharkan gencatan senjata pada lewat Ahad, meningkatkan harapan untuk menamatkan serangan paling serius di sempadan Gaza dalam tempoh lebih setahun.

Tentera Israel menggempur sasaran Palestin sepanjang hujung minggu lalu, mencetuskan serangan balas ke arah bandar-bandarnya yang sebahagian besarnya berkurangan apabila gencatan senjata berkuat kuasa pada 11.30 malam (waktu tempatan).

Gencatan senjata itu diumumkan dalam kenyataan berasingan oleh pejuang Palestin dan kemudian Israel, yang kedua-duanya mengucapkan terima kasih kepada Mesir kerana menjadi pengantara.

Pegawai Gaza berkata 44 rakyat Palestin, hampir separuh daripadanya orang awam dan termasuk kanak-kanak, telah terbunuh setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Berkenalan dengan jejaka Palestin ketika remaja, wanita muda ini dedah bagaimana perasaannya sebelum buat keputusan sebaik tamat SPM

Israel melancarkan serangan awal pada Jumaat terhadap apa yang dijangkakan sebagai serangan Jihad Islam bertujuan untuk membalas dendam penahanan seorang ketua kumpulan itu, Bassam al-Saadi, di Tebing Barat.

Ketika sidang akhbar di Tehran, ketua kumpulan itu Ziyad al-Nakhala berkata Kaherah akan "berusaha untuk mendapatkan pembebasan" al-Saadi.

Pegawai Israel dan Mesir tidak bagaimanapun enggan mengulas ketika diminta memberi komen. - Reuters.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain