suria

Pelajar universiti terlepas hukuman penjara selepas curi coli untuk onani

Tam terlepas hukuman penjara selepas dia kembali ke negara asalnya. Foto: Men Media.

SEORANG pelajar di Manchester yang mencuri dua coli wanita untuk dijadikan sebagai bahan onani terlepas hukuman penjara selepas dia pulang ke negara asalnya.

Menerusi kejadian antara 20 Januari dan 2 Februari lalu, King Tam menyelinap ke dalam bilik tidur pelajar lain di dewan kediaman Universiti Manchester dan menyelongkar laci pakaian dalam mereka.

Pelajar berusia 19 tahun itu terkejut apabila salah seorang mangsa melihat dia memasuki bilik tidur orang lain tanpa kebenaran, malah saksi turut menemui kesan air mani pada coli mereka.

Menurut pendakwa raya David Farley, Tam dan dua mangsa tinggal bersama yang mana kesalahan berlaku pada awal tahun ini.

Pada masa itu, Tam juga seorang pelajar di Universiti Manchester.

Atas laporan yang dibuat, Tam telah ditangkap oleh pihak polis, mengakui kesalahan itu dan membuat permohonan maaf.

Seorang hakim di Mahkamah Minshull Street Crown menjatuhkan hukuman penangguhan kepada Tam selepas dimaklumkan dia telah kembali ke Hong Kong sejak kejadian itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain