suria

Menyelam tapi tak timbul semula, budak 11 tahun maut di taman tema air

Mangsa meningal dunia ketika bermain di taman tema air pada Sabtu petang. Foto: Sky News.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meninggal dunia ketika menyelam di sebuah taman tema air pada Sabtu.

Polis Lembah Thames mengesahkan kematian mangsa, mendedahkan dia telah mengalami "kesukaran" ketika sedang bermain di dalam air.

Dia ditemui kira-kira jam 5.10 petang dan dibawa ke Hospital Wexham Park tetapi malangnya meninggal dunia.

Polis mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa kematian mangsa dianggap sebagai tidak dapat dijelaskan dan siasatan telah dilancarkan.

Perkhidmatan kecemasan, termasuk kru bomba dan ambulans udara, bergegas ke taman tema air Liquid Leisure pada petang Sabtu.

Seorang saksi yang berada di taman itu bersama anak-anaknya, memberitahu Sky News bahawa mangsa dilihat masuk ke dalam air dan "tidak timbul semula".

"Pada ketika itu, penyelamat datang berlari," katanya.

Superintendan Michael Greenwood, berkata: “Hati saya bersama keluarga dan rakan-rakan mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian tragis ini. Kami berada di peringkat awal menyiasat kejadian ini untuk memahami keadaan penuh

Terdapat maklum balas pantas daripada semua perkhidmatan kecemasan dan berikutan pencarian menyeluruh di tasik, mangsa berusia 11 tahun itu ditemui kira-kira jam 5.10 petang dan dibawa ke hospital tetapi malangnya meninggal dunia.

"Takziah yang tulus ikhlas saya tujukan kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa dan saya akan meminta privasi mereka dihormati pada masa yang ini.”

Seorang saksi yang tidak dinamakan memberitahu Sky News bahawa mangsa hilang semasa berada di taman tema untuk majlis hari jadi rakannya.

Dia berkata: "Mangsa bersama sekumpulan kawan datang untuk hari lahir seorang gadis." - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain