suria

Bayi disuap vodka, pasangan ‘kurang cerdik’ akhirnya ditangkap polis

Pasangan itu ditahan kerana memberikan minuman keras kepada bayi mereka.

RAKAMAN video memaparkan seorang bayi yang diberi minuman keras oleh seorang lelaki dan wanita ternyata mengundang kemarahan netizen.

Penangan video tular menyebabkan polis melancarkan siasatan segera yang membawa kepada penahanan pasangan itu di sebuah kediaman di Dover, Kent.

Dalam klip berdurasi 14 saat, wanita itu yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan menuang alkohol ke dalam penutup botol dan kelihatan memberikannya kepada bayi sambil memegang kepalanya ke belakang.

Seorang lelaki tidak berbaju yang memakai seluar pendek, dipercayai bapa kepada bayi itu turut kelihatan dalam video berkenaan.

Polis mengesahkan pegawai dipanggil ke sebuah kediaman di Dover, Kent, pada awal pagi 21 Jun berikutan laporan kes tersebut.

Seorang lelaki dan seorang wanita telah ditangkap kerana disyaki melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak, tambah Polis Kent.

Jurucakap pasukan itu berkata: "Setelah hadir, pegawai dimaklumkan tentang kebimbangan terhadap seorang kanak-kanak di satu alamat di kawasan itu.

“Tindakan telah diambil untuk melindungi mereka yang terlibat dan seorang lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki melakukan kezaliman terhadap kanak-kanak pada hari yang sama.

"Mereka telah diikat jamin dan siasatan sedang dijalankan.

Perkhidmatan sosial turut dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bayi tersebut difahamkan masih bersama pasangan itu selepas dibebaskan dengan jaminan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain