suria

Wanita maut terkena 'peluru sesat' ketika bercuti di Afrika Selatan

Fatima Isaac maut akibat 'peluru sesat'.

SEORANG wanita warga Britain maut dalam insiden tembakan ketika sedang bercuti di Afrika Selatan.

Pada masa kejadian, ibu kepada empat cahaya mata, Fatima Issac, 47, sedang melawat keluarga dan rakan-rakan di Johannesburg.

Dia yang berasal dari Leicester dilaporkan menginap di sebuah rumah di Meyersdal View Estate sebelum disahkan meninggal dunia akibat terkena tembakan.

Menurut keluarganya, mereka menyangkakan bahawa tembakan dilepaskan oleh seseorang yang bermain dengan pistol yang berada di dalam rumah.

Namun, sangkaan mereka meleset apabila peguam bela anti-jenayah Yusuf Abramjee mendakwa tembakan dilepaskan oleh salah seorang saudara yang sedang membersihkan senjata api.

Menerusi ciapan Twitter, Abramjee kemudiannya berkata, pistol itu ‘terpadam secara tidak sengaja apabila ahli keluarga menunjukkannya kepada orang ketiga’.

Bagaimanapun, Metro.co.uk tidak dapat mengesahkan secara terperinci kejadian yang mengakibatkan Isaac meninggal dunia.

Terdahulu, polis Afrika Selatan enggan mengulas mengenai punca kematian kerana masih terlalu awal dan siasatan sedang dijalankan. - Metro.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain