suria

Seks dalam kereta dengan murid, cikgu PJ diharamkan mengajar buat selama-lamanya

Guru itu kini didaftarkan sebagai pesalah seks dan tidak dibenarkan lagi untuk mengajar. Foto: AAP/PA Images.

SEORANG guru Pendidikan Jasmani (PJ) dibebaskan dari penjara selepas dia mengaku melakukan hubungan seks dengan muridnya yang berusia 17 tahun.

Scott Korczynski, 49, yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Melbourne, Australia, membina "hubungan" dengan murid itu dan sering membawanya keluar menonton perlawanan bola sepak.

Malah, dia juga sentiasa menghantar gadis itu pulang ke rumah dan turut menciumnya, lapor NewsAU.

Pasangan itu kemudian melakukan hubungan seks di bahagian belakang kereta Korczynski, menurut Herald Sun.

Hakim Fiona Todd berkata: "Ini memberikan beberapa konteks untuk apa yang anda lakukan. Anda menarik perhatian seorang pelajar yang berumur 13 tahun lebih muda daripada anda.

"Terdapat ketidakseimbangan kuasa yang besar antara anda dan dia pada masa anda melakukan kesalahan terhadapnya."

Dilaporkan mereka terus bercinta selepas gadis itu berusia 18 tahun sebelum hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Gadis itu kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa pada 2017 dan Korczynski didakwa pada 2020.

Korczynski yang juga bapa kepada dua cahaya mata mengaku melakukan satu pertuduhan seksual terhadap gadis itu ketika dia berada dibawah jagaannya.

Dilaporkan bekas guru itu dipenjara 19 bulan, namun hukuman itu digantung sepenuhnya.

Dia bagaimanapun diminta untuk meletakkan namanya dalam daftar pesalah seks selama 15 tahun dan tidak lagi dibenarkan mengajar. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain