suria

Kejadian penuh ngeri, warga emas maut disondol lembu terlepas kandang

Amukan seekor lembu jadi punca kematian seorang warga emas. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki warga emas terbunuh dalam insiden menyayat hati apabila disondol seekor lembu.

Lembu berkenaan dikatakan telah terlepas dari kandang di pasar menjual haiwan ternakan.

Lelaki malang tersebut secara kebetulan berada di laluan lembu itu yang menerpa ke arahnya dari Pasar Whitland di Carmarthenshire, Wales.

Kejadian yang berlaku pada November 19, pukul 10 pagi waktu tempatan menyaksikan lembu itu membuat huru-hara di sekitar pusat bandar.

Akibat dari kejadian tersebut, lelaki itu telah cedera parah dan diterbangkan ke Pusat Perubatan Universiti Wales di Cardiff untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan memaklumkan lelaki berkenaan meninggal dunia 10 hari kemudian pada 29 November.

Lembu tersebut terus mencetuskan huru-hara di pekan Carmarthenshire dan kemudiannya memasuki landasan kereta api berdekatan.

Perjalanan kereta api terpaksa dihentikan seketika kerana timbul kerisauan akan keselamatan penumpang.

Selepas setiap cubaan untuk memerangkap lembu itu gagal, pihak berkuasa mengambil pilihan terakhir untuk menembak mati haiwan ternakan itu.

Keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan ancaman dibawa lembu yang sedang naik minyak itu. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain