suria

Rogol kanak-kanak 5 tahun, lelaki ini cuma disuruh ketuk ketampi... netizen tak puas hati

Tangkap layar video seorang lelaki disuruh ketuk ketampi setelah merogol kanak-kanak.

SELEPAS dituduh merogol kanak-kanak berusia lima tahun, tertuduh dihukum dengan hanya melakukan ketuk ketampi.

Hukuman terlalu 'ringan' yang diberikan oleh penduduk kampung di sebuah kawasan daerah Nawada, Bihar di India ini mengundang kemarahan orang ramai.

Suspek berkenaan ‘kantoi’ melakukan perbuatan terkutuk selepas berjaya ditangkap oleh penduduk di sebuah kawasan sunyi.

Bagaimanapun, dia tidak diserahkan terus kepada pihak polis sebaliknya hanya diserahkan kepada jawatankuasa kampung atau ‘panchayat’.

Tegas panchayat tersebut, dia mengatakan bahawa suspek tidak bersalah dalam merogol kanak-kanak berkenaan.

Lebih mengejutkan, punca dia diarah ketuk ketampi sebanyak lima kali sebagai hukuman adalah kerana kesalahan membawa kanak-kanak itu ke kawasan terpencil dan sunyi pada waktu malam.

Berikutan kes berkenaan, jurucakap polis Gaurav Mangla menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima laporan dan akan mengambil tindakan lanjut terhadap suspek.

Siasatan secara terperinci mengenai individu yang menyuruh lelaki itu agar tidak diserahkan kepada pihak sepatutnya selepas ditangkap pada hari kejadian. - NDTV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain