suria

[V] Anak ikat leher ibu dengan rantai besi, tinggalkan dalam hutan gara-gara alami gangguan mental

Wanita itu dirantai kerana mengalami gangguan mental.

SEORANG wanita Indonesia yang mengalami gangguan mental dirantai di tengah hutan oleh anaknya sendiri.

Ani, 50, diikat lehernya dengan rantai besi sepanjang 1.5 meter pada dua batang pokok di tengah hutan di Kampung Negara Padang, Desa Kampung Baru, Kecamatan Petir, Kabupaten Serang, Banten.

Menurut salah seorang ahli keluarganya yang dikenali sebagai Alfiah, 29, keputusan untuk meletakkan Ani di tengah hutan telah dipersetujui oleh ahli keluarga dan penduduk setempat.

Berdasarkan perjanjian, Ani diikat bermula 17 November agar tidak lagi membuat gangguan di kampung berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Datuk Bandar Dipasung Penduduk, Tertipu Dengan Jemputan Perasmian

"Sebelum ini penduduk dan anak-anak berbincang. Hasilnya, ia dipersetujui untuk diletakkan di tengah-tengah hutan supaya dia tidak mengamuk dan tidak merosakkan rumah penduduk," kata Alfiah ketika bercakap dengan Kompas.com di kediamannya.

Tidak sampai seminggu selepas diletakkan di hutan, keadaan Ani semakin teruk sehingga seorang sukarelawan membawanya berubat di Pusat Kesihatan Petir.

Selepas keadaannya bertambah baik, Ani dibawa oleh sukarelawan ke sebuah yayasan untuk meneruskan rawatan penyakit mentalnya.

Dalam pada itu, kisah Ani serta video yang memaparkan keadaan dirinya turut tular media sosial.

Malah, ia turut mendapat perhatian peguam, Hotman Paris Hutapea yang menggesa polis menyiasat kes berkenaan dengan segera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain