suria

Buaya gergasi baham budak umur 8 tahun, jasad mangsa ditemui dalam perut

Jasad kanak-kanak dijumpai di dalam perut buaya.

Julio Otero Fernández, 8, dilaporkan telah dibaham hidup-hidup oleh reptilia dengan kepanjangan 3.6 meter itu di hadapan ibu bapanya.

Serangan buaya tanpa belas kasihan itu berlaku kepada seorang kanak-kanak ketika dia pergi memancing bersama ibu bapanya dan empat adik-beradik yang lain di Limón, Costa Rica.

Ibu bapanya, Don Julio Otera dan Margini Fernández Flores hanya mampu melihat anak mereka diheret pemangsa ke dalam air.

Ketika kejadian yang berlaku pada 30 Oktober, kanak-kanak itu sedang bermain di dalam Sungai Matina yang mempunyai kedalaman air paras lutut

Salah seorang adik-beradik mangsa memberitahu mereka melihat buaya itu memenggal kepala kanak-kanak itu dan kemudian membawa badannya ke dalam air.

Walaupun ia diharamkan di Costa Rica untuk membunuh buaya, penduduk setempat tetap mahukan nyawa dibayar dengan nyawa.

Buaya tersebut dibunuh dan perutnya dibedah, di dalam itu dijumpai rambut dan tulang manusia.

Ibu mangsa mengesahkan rambut dan dua tulang itu milik anaknya. -The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Buaya, mangsa, dibaham, sedih, kanak-kanak

Artikel Lain