suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki ‘simpan’ 20 isteri dalam treler kotor, paling muda usia 9 tahun... nak kahwin anak kandung

Sebahagian daripada 20 isteri yang dikenal pasti. foto Coconino County Court Records

SEORANG lelaki didakwa 'menyimpan' 20 isterinya dalam sebuah treler yang kotor dan usang.

Lebih mengejutkan, sebahagian daripada mereka paling muda berusia sembilan tahun.

Samuel Rappylee Bateman yang berasal dari Arizona, Amerika Syarikat ditahan awal tahun ini selepas didapati memperdagang gadis bawah umur.

Keadaan treler tersebut didakwa usang, mengandungi sofa dan baldi untuk dijadikan sebagai tandas.

Perkara itu didedahkan oleh Biro Penyiasatan Persekutua (FBI) mengenai kehidupan perkahwinan lelaki berkenaan.

Lelaki berusia 46 tahun itu juga berdepan dakwaan seks berkumpulan membabitkan orang dewasa dan bawah umur.

Ini termasuk dakwaan pemerdagangan seks dan sumbang mahram.

Menurut The Mirror, FBI dipetik sebagai berkata, lelaki itu mendakwa dirinya adalah 'nabi' pada 2019 dan mahu berkahwin dengan anak perempuan sendiri yang masih remaja.

Dia dikatakan mempunyai 50 pengikut termasuk 20 isterinya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain