suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ustaz didakwa cabul 12 pelajar lelaki, umpan makanan pujuk ke bilik tidur

Suspek kini ditahan polis. -gambar hiasan

SEORANG guru lelaki di sebuah sekolah pondok didakwa mencabul 12 pelajar lelaki bawah umur.

Suspek ditahan selepas ibu bapa kepada salah seorang mangsa membuat laporan polis.

Kejadian berlalu di sebuah sekolah di Tulang Bawang di Lampung di Sumatera, Indonesia.

Suspek yang berusia 41 tahun ditahan selepas didakwa melakukan hubungan sesama jenis terhadap 12 pelajar sejak 2019.

"Modus operandinya adalah pelaku memberi makanan dan wang kepada mangsa.

"Mangsa kemudian diajak tidur di bilik tidur pelaku," kata Ketua Polis Tulang Bawang, AKBP Hujra Soumena, pada Selasa.

Polis merampas beberapa barang seperti tilam, pakaian dan kain sarung.

Suspek ditahan polis dan didakwa di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak, berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun. - Oke News

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain