suria

Harap Brazil juara Piala Dunia... sekeluarga miliki 6 jari setiap tangan, kaki tunjuk sokongan

Keluarga yang mempunyai enam jari menyokong Brazil di Piala Dunia. foto BBC

BRAZIL kini sedang memburu gelaran Piala Dunia keenam, dan satu keluarga mencipta cara tersendiri untuk menyokong pasukan itu.

Keluarga Silva, dari Aaguas Claras, Brasilia menjadi berita utama di Brazil tentang bagaimana mereka menyokongnya, dengan menunjukkan enam jari mereka ketika skuad kebangsaan Brazil menjadi pilihan untuk menjulang gelaran Piala Dunia keenam di Qatar.

Selepas pasukan yang dikendalikan oleh Luiz Felipe Scolari, menjulang trofi kelima pada kejohanan 2002 di Korea Selatan dan Jepun, keluarga itu mendapat simbolisme yang istimewa.

"Sejak itu, kami berkumpul di rumah saya untuk menonton perlawanan, bersorak untuk Brazil agar memenangi satu lagi kejuaraan.

"Tiada beza pada 2022. Kami memutuskan untuk menambah satu lagi tradisi dengan menyediakan makanan tipikal dari negara lawan yang akan dihadapi oleh pasukan Brazil dalam Piala Dunia," kata ahli keluarga Silvia Santos da Silva, berusia 60 tahun.

Tambahnya, dia merupakan ahli keluarga pertama yang mengalami genetik variasi itu, yang dikenali sebagai polydactyly, dari nenek sebelah bapanya.

Sejak itu, kira-kira 15 ahli keluarga itu dilahirkan dengan enam jari pada setiap tangan dan kaki.

Namun sejak 2018, tahun penganjuran Piala Dunia, tiada yang dilahirkan dengan keadaan itu.

"Sejak 2018, tiada sesiapa yang dilahirkan dalam keluarga dengan keadaan itu. Kini anak-anak hanya dilahirkan dengan lima jari," kata Silva kepada Metropoles. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain