suria

Curang jadi punca gadis bakar rumah teman lelaki, sempat ‘video call’ ketika api marak

Senaida Marie Soto menghubungi pasangannya melalui FaceTime dan merakam rumahnya yang terbakar

AKIBAT salah faham, Senaida Marie Soto, 23, ditahan akibat membakar rumah teman lelakinya yang dikatakan curang sekitar 2 pagi di San Antonio, Texas, Amerika Syarikat.

“Semasa Soto menghubungi teman lelakinya, dia salah faham apabila seorang perempuan yang sebenarnya hanyalah saudara lelaki tersebut menjawab panggilannya.

“Kemudian dia terus pergi ke rumah teman lelakinya dan membakar sofa di ruang tamu.

“Ketika rumah itu terbakar, video dirakam dan menunjukkan dia menyalakan api pada sofa sehingga merebak, menyebabkan rumah itu terbakar, serta menyebabkan kerosakan bernilai lebih AS$75,000, " ujar pihak Pejabat Polis Daerah Bexar.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara berebut tanah, 3 beradik tergamak bakar rumah nak bunuh ibu

Soto didakwa menyebabkan kebakaran besar dan kemudian menghubungi teman lelakinya memalui panggilan video FaceTime untuk menunjukkan perkara yang telah dilakukan, menurut afidavit.

Menurut seorang saksi, Soto telah mengisi kereta dengan barang-barangnya dari dalam rumah sebelum dia memulakan kebakaran.

Sebelum meninggalkan perkarangan rumah teman lelakinya, Soto juga telah menghantar pesanan ringkas kepada teman lelakinya, bahawa dia berharap rumah itu dalam keadaan baik-baik saja selepas kebakaran.

Soto ditahan pada Isnin lalu dan didakwa atas pertuduhan mencuri dan membakar rumah. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain