suria

Bapa tembak anak gadis kerana kahwini lelaki kasta berbeza, ibu bantu sumbat mayat dalam beg pakaian

Aayushi ditembak mati oleh bapanya yang berang kerana dia mengahwini lelaki kasta berbeza.

TIDAK berhati perut!

Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan kes kematian tragis seorang gadis yang dipercayai dibunuh oleh bapanya sendiri.

Mayat Aayushi Chaudhary, 22, yang dipenuhi dengan kesan peluru ditemui di dalam sebuah beg pakaian yang dibuang berhampiran lebuh raya Yamuna, di bandar Mathura, India, Jumaat lalu.

Nitesh Yadav didakwa menembak mati anak perempuannya kerana berang dengan tindakan gadis itu keluar dari rumah selama beberapa hari tanpa memberitahunya.

Lelaki itu juga didakwa tidak dapat menahan kemarahan ekoran anak gadisnya telah berkahwin dengan seorang lelaki dari kasta yang berbeza, kata sumber.

Mayat Aayushi dibalut dengan plastik dan disumbat ke dalam beg pakaian berwarna merah.

Darah berlumuran di muka dan kepala gadis berkenaan serta terdapat kesan kecederaan di seluruh badan, kata polis.

Beg pakaian itu dikesan oleh buruh, yang kemudian menghubungi polis.

Polis mengesyaki pembunuhan tersebut didalangi oleh ahli keluarga mangsa kerana kehilangannya tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa selain terdapat percanggahan keterangan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Selepas menembak mati Aayushi, Nitesh dibantu oleh isterinya untuk membungkus mayat anak gadis mereka dan membuangnya di tepi lebuh raya. - Ndtv.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain