suria

Rombongan keluarga! Lelaki angkut isteri, enam anak, dua anjing dan beg naik sebuah motosikal

Seorang lelaki mencuri perhatian apabila membawa ramai orang menaiki motosikal.

INDIA adalah sebuah negara yang indah dan mempunyai keunikan dari segi budaya, penduduk dan kawasannya.

Bagaimanapun, bolehkah anda bayangkan seorang individu membawa sebuah keluarga besarnya menaiki motosikal?

Nampak mustahil dan membahayakan, tetapi baru-baru ini seorang lelaki dikesan berbuat demikian dan videonya tular di media sosial.

Dalam video itu, dia dilihat membawa lima anak, seorang wanita, dua ekor anjing dan beberapa beg, kesemuanya dengan motosikal.

Rakaman itu dikongsi oleh pengguna Twitter @Gulzar_sahab.

Perjalanan itu sememangnya berbahaya dengan dua kanak-kanak duduk di hadapan lelaki itu manakala tiga kanak-kanak lain duduk di belakang seorang wanita dengan seorang berbaring di bahunya.

Bukan itu sahaja, dua ekor anjing turut dibawa bersama rombongan menaiki kenderaan dua roda itu. Tiada seorang pun penumpang yang memakai topi keledar.

Video itu menarik perhatian orang ramai dan mendapat lebih 240,000 tontonan berserta 'like'dan 'retweet'. -IT

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain