suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang pelanggan maut, lebih 10 cedera selepas kereta hitam tiba-tiba rempuh Apple Store

Sebuah kereta telah merempuh sebuah kedai Apple di Amerika Syarikat

SEORANG pelanggan maut manakala lebih10 individu cedera selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh kedai gajet Apple Store di Hingham, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Menurut Daily Star, pihak polis bergegas ke lokasi dan menghubungi trak tunda untuk mengeluarkan kereta yang terlibat dalam kemalangan itu.

Juliana Mazza, wartawan yang berada di lokasi mengesahkan bahawa seorang individu telah meninggal dunia berikutan rempuhan tersebut.

Empat pelanggan lagi dilaporkan terperangkap di dalam kedai susulan nahas yang berlaku sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu tertekan pedal minyak! Mula-mula langgar motor, kemudian rempuh kedai

“Ketika isteri saya berada di Derby Street di Hingham, sebuah kereta hitam memandu laju menuju ke arah kedai Apple tersebut,

“Isteri saya menggunakan jaket untuk membalut kecederaan yang dialami mangsa dan ramai lagi tercedera,

“Bunyi rempuhan tersebut sangat kuat seperti letupan bom,” kata saksi kejadian.

Punca di sebalik kejadian tragis masih tidak diketahui buat masa ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain