suria

Merentasi empat benua, wanita ini buat penghantaran makanan paling jauh di dunia

Maanasa menceritakan tentang perjalanannya ke benua Antartika untuk menghantar makanan.

DARI Singapura ke Antartika, Maanasa Gopal melakukan servis penghantaran makanan paling jauh di dunia!

Maanasa merupakan seorang aktivis yang berjuang bersama pakar iklim serata dunia di Antartika untuk menangani isu dan menyebar kesedaran tentang perubahan iklim dunia.

Sekitar bulan lepas, Maanasa cukup bertuah ditaja Foodpanda Singapura untuk misi penghantaran makanannya ke Antartika.

Maanasa menaiki penerbangan dari Singapura dan tiba di Hamburg, Jerman, sebelum terbang ke perhentian seterusnya di Buenos Aires, Argentina.

Dia akhirnya berjaya sampai ke Antartika dan membuat penghantaran makanan terjauh yang sangat luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sara anak sambil kumpul duit, walker Foodpanda wanita terkejut dapat motosikal lebih awal

“Hari ini, saya telah melakukan servis penghantaran makanan yang luar biasa iaitu dari Singapura ke Antartika!

“Bukan selalu kita dapat hantar makanan Singapura sejauh 30,000+ km ke benua terpencil di dunia!

"Keseluruhan perjalanan adalah mesra alam dengan kerjasama green partners kami.” katanya menerusi akaun Instagram miliknya.

Netizen di ruangan komen turut teruja atas ekspidisi Maanasa ke Antartika dan memberi sokongan kepadanya.

Posting di Instagram milik Maanasa meraih 62,000 tontonan.

Malah, ia turut dihujani 8,000 tanda suka netizen. - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain