suria

Setahun dikurung dalam bilik tidur, gadis mangsa dera ibu dan nenek diselamatkan polis

Gadis tersebut diselamatkan polis selepas aksinya memanjat tingkap dirakam jiran.

SEBUAH video menunjukkan seorang gadis sedang memanjat tingkap untuk masuk ke dalam biliknya selepas melarikan diri 'seketika' dari rumah penderanya untuk mendapatkan makanan dan air, menjadi tular di internet.

Gadis berusia 18 tahun itu dilaporkan itu telah dikurung di dalam bilik tidurnya oleh ibu dan neneknya sendiri selama hampir setahun.

Apa yang menyedihkan, dia hanya diberikan sedikit makanan dan dibekalkan dengan baldi untuk membuang air.

Polis dimaklumkan mengenai insiden 'kejam' itu selepas remaja tersebut dirakam cuba menggunakan tangga untuk memanjat semula ke biliknya pada 4 November lalu, di North Las Vegas, Amerika Syarikat.

Gadis malang itu dilaporkan cuba mencari makanan dan air dari kebun di belakang rumah jirannya, sebelum gelagatnya itu dirakam.

Jiran tersebut menggesa remaja malang itu menghubungi polis dan membuat laporan namun dia enggan dan berkata 'tiada siapa yang akan mempercayai saya'.

Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu tiba di lokasi dan kemudian memberkas ibu mangsa, Addy Gonzales dan neneknya, Maria Pasarin.

Turut ditahan adalah seorang lelaki bernama Daniel Omezcua.

Mereka didakwa atas tuduhan melakukan penderaan kanak-kanak. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain