suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi berdarah! 5 maut, 18 cedera insiden tembakan di kelab malam gay

Pihak polis berada di lokasi kejadian. foto IntelPointAlert/Twitter

INSIDEN tembak di sebuah kelab malam untuk golongan gay mengakibatkan lima maut dan 18 lagi cedera.

Kejadian berlaku di Colorado di Amerika Syarikat, pada Sabtu malam waktu tempatan.

Polis berkata, seorang suspek bernama Anderson Lee Aldrich berusia 22 tahun.

Menurut polis, suspek berada dalam tahanan dan kini ditahan di hospital tempatan.

Seorang jurucakap enggan mengesahkan betapa seriusnya kecederaan dalam kalangan mangsa yang terselamat dan juga berkata masih terlalu awal untuk menentukan motif kejadian.

Mereka menambah bahawa jumlah mangsa yang terkorban tidak disahkan dan kemungkinan meningkat.

Pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian di Colorado Springs, dengan banyak ambulans membawa mangsa ke hospital. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain