suria

Wanita luah rasa kagum, iPhone 8 plus masih berfungsi dengan baik selepas 460 hari jatuh dalam laut

Telefon pintar wanita itu masih berfungsi selepas lebih setahun hilang di laut.

SELEPAS 460 hari telefon pintar hilang di laut, Clare Atfield, 39, terkejut apabila menemui semula iPhone 8 Plus miliknya yang masih berfungsi dengan baik.

IPhone milik wanita itu dikatakan telah dijumpai oleh seorang pejalan kaki di pantai Havant, Hampshire, United Kingdom pada 7 November lalu.

Pada 4 Ogos 2021, Clare menyatakan bahawa iPhone miliknya hanyut di laut selepas dia terjatuh ketika mengikuti aktiviti papan luncur.

“Saya tak sangka pula iPhone itu akan dijumpai semula dan masih berfungsi dengan sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: iPhone hilang ketika berkayak, lelaki terkejut telefon pintar masih berfungsi walau tenggelam 10 bulan di dasar sungai

“Sebelum saya keluar berkerja, saya akan bermain papan luncur sambil menggantung telefon pada leher.

“Saya letak iPhone dalam satu sarung pelindung kalis air dengan barangan yang lain seperti kad bank dan kad perubatan.

"Lelaki yang terjumpa iPhone itu pun terkejut kerana ia masih elok.

“Rasanya lepas tenggelam, sarung pelindung itu tak bergerak lepas jatuh dalam laut walaupun air laut bergelora," ujarnya. - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain