suria

iPhone hilang ketika berkayak, lelaki terkejut telefon pintar masih berfungsi walau tenggelam 10 bulan di dasar sungai

iPhone milik Owain ditemui semula selepas 10 bulan dan masih berfungsi ketika dihidupkan.

SELAMA hampir 10 bulan tenggelam di dasar sungai, namun telefon pintar model iPhone milik seorang lelaki masih berfungsi ketika peranti itu dihidupkan.

Owain Davies, 35, dari Edinburgh, tercicir telefon pintarnya ketika berkayak bersama seorang teman di Cinderford, Gloucestershire, musim panas lalu.

Telefon pintar tersebut ditemui lelaki bernama Miguel Pachaco, yang sedang berkayak bersama anak perempuannya di Sungai Wye, sebelum ternampak 'sesuatu berwarna biru' di dasar sungai.

Pachaco, 29, berjaya menghidupkan telefon tersebut itu selepas mengeringkannya.

Lelaki itu kemudian membuat hebahan dalam grup komuniti di Facebook bagi meminta bantuan orang ramai mengesan pemiliknya.

Dia turut berkongsi gambar 'screensaver' di telefon pintar berkenaan, yang memaparkan gambar Owain bersama tunang, Fiona Gardner.

Posting di Facebook itu dikongsi di media sosial lebih daripada 4,000 kali.

Salah seorang rakan Owain terlihat mengenai perkongsian tersebut, dan kemudian mengambil telefon pintar itu untuk diserahkan kembali kepadanya. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain